Facility Management (Click on the link for Definitions) Everybody knows that having an excellent management is the key to an organization success. According to Wikipedia, Facility Management in business is the management of buildings and services. It is the role of facility management to ensure that everything is available for everyone in an organization to do their work.

Interesting Quotes:

"The best executive is one who has sense enough to pick good people to do what he wants them to do, and self-restraint enough to keep from meddling with them while they do it"
Theodore Roosevelt


"How you measure the performance of your managers directly affects the way they act."
Gustave Flaubert


"There are only two kinds of managers. Winning managers and ex-managers."
Gil Hodges

SIMEK Malaysia

Archibus Berkesan Urus Aset

Oleh Zef Othman

Kemajuan pesat ekonomi Malaysia pada masa kini turut menyumbang kepada pembangunan pelbagai infrastruktur dan pembinaan bangunan baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, sekali gus menjadi mercu tanda negara.

Namun di sebalik keindahan hutan batu di bandar besar seperti Kuala Lumpur, pemilik bangunan kini berdepan tanggungjawab lebih mencabar berikutan sruktur bangunan yang semakin rumit.

Tanggungjawab pengurusan bangunan tidak hanya terbatas hanya pada struktur fizikalnya apabila aset di dalam bangunan itu perlu diambil kira kerana ia turut menyumbang kepada kos operasi penyelengaraannya.

Berikutan itu, pelbagai aplikasi dan perisian baru diperkenalkan bagi memastikan bangunan itu dapat diuruskan dengan kaedah yang lebih mudah.

Namun aplikasi yang digunakan oleh pemilik bangunan pada masa kini hanya mampu melakukan tugasan mengikut tawaran penyelesaian yang disediakan. Ini akan mengakibatkan pihak pengurusan bangunan perlu menunggu laporan daripada setiap bahagian sebelum ia dapat dianalisis secara menyeluruh.

Sebagai usaha untuk memastikan bangunan itu dapat diselenggara dalam kaedah yang lebih cekap dan cepat, aplikasi pangkalan data serta web, Archibus/Pengurusan Kemudahan (Archibus) diperkenalkan bagi menguruskan antara aset utama syarikat secara bersepadu.

Syarikat atau pemilik bangunan tidak perlu mengambil tempoh lama untuk mengumpul data berhubung aset mereka kerana ia boleh diperolehi melalui sistem Archibus bersepadu yang ditawarkan itu.

Ia adalah satu aplikasi pengurusan yang membabitkan pengurusan aset fizikal dan dalam bangunan seperti ruang pejabat, portfolio hartanah dan teknologi maklumat (IT) yang disediakan di sesebuah syarikat.

Teknologi yang baru diperkenalkan di Malaysia itu dapat mempertingkatkan kecekapan pengurusan syarikat apabila ia dapat mengurangan kos operasi sebanyak 34 peratus daripada kos keseluruhan yang perlu ditanggung oleh syarikat.

Menerusi aplikasi itu, ia secara langsung menawarkan syarikat untuk menguruskan kemudahan mereka secara strategik atau dengan kata lain melaksanakan Pengurusan Kemudahan dan Infrastruktur menyeluruh (TIFM).

Pengurusan syarikat akan disediakan dengan laporan statistik membabitkan aktiviti syarikat itu yang dilengkapi dengan rajah bagi membantu proses menganalisis maklumat menerusi Archibus.

Aplikasi itu boleh dipasang dengan menggunakan pakej perisian yang ditawarkan dan boleh digunakan di atas platform lain serta tidak memberikan kesan terhadap tahap keberkesanannya.

Aplikasi itu akan memudahkan lagi proses menganalisis apabila laporan statistik membabitkan aktiviti syarikat dilengkapi rajah yang lebih jelas dan teratur.

Antara proses yang perlu diambil sebelum menggunakan Archibus adalah menerusi pemeriksaan analisis kos dalam mengenal pasti modul yang perlu bagi mengelakkan perbelanjaan kos yang tinggi untuk aplikasi itu.

Proses itu dapat dilakukan oleh syarikat tempatan yang menawarkan aplikasi itu iaitu SIMEK (M) Sdn Bhd (Simek) sebelum satu sistem lengkap dipasang di dalam syarikat.

Aplikasi itu hanya mengambil masa 90 hari untuk dipasang di dalam bangunan bagi satu organisasi apabila keputusannya dapat dilihat selepas tempoh itu.

Perlaksanaan pengurusan efekif itu juga dapat mempertingkatkan pendapatan syarikat dan mengurangkan kos apabila tumpuan dapat diberikan kepada objektif keuntungan dan asas organisasi.

Selain itu, syarikat juga dapat meminimumkan perbelanjaan pemberian kontrak luar yang diberikan bagi tujuan pengurusan bangunan apabila pemilik bangunan dapat mengenal pasti tahap kepentingan kos perbelanjaan tambahan yang dicadangkan.

Rumusan TIFM menerusi Archibus itu dapat memberikan maklumat tepat bagi mengurangkan bebanan pengurus di bahagian pentadbiran operasi syarikat.

Kini antara syarikat antarabangsa yang dikenal pasti menggunakan Archibus ialah Exxon Mobil, Shell, IBM, Hewlett Packard dan British Airways.

Aplikasi yang diperkenalkan syarikat ini mampu memanfaatkan sektor hartanah tempatan, terutama di ibu kota berikutan pertambahan projek pembangunan yang semakin rancak mengikut perkembangan semasa dan keperluan ekonomi pada masa depan.

Usahawan dan ahli perniagaan tempatan wajar memanfaatkannya untuk kepentingan organisasi mereka.

Untuk maklumat lanjut berhubung Archibus, syarikat yang berminat boleh menghubungi Simek di 016-202 0154 atau e-mel kepada contact@simek.com.my

SIMEK Featured in Berita Harian

Sila klik pade imej, untuk melihat imej penuh keratan akhbar ini.

AutoCAD FM Forum - Useful information regarding FM with AutoCAD

Space Standards:

Read about Space Standard.

Other Links: